Thursday, 29 May 2014

dia bukan untukku

kewujudanmu dalam hidupku
bagai sang bayu sedang membisikku
rapatkanlah dirimu untukku mengenali
intimkanlah jiwamu untukku mencintai
ku menatapi wajahmu untukku membayangi

tanda tanda cinta mula terbit dari tingkah lakumu.
adakah aku dihatinya?

tiba saat ku terlihat kamu
aku seolah ditampar beribu kali
ingin sekali ku jerit ke dunia
ternyata aku silap meneka
dia bukan untukku

gugurnya mutiara mata
hati bagaikan dihempas oleh kemarahan ombak
wahai diri
sabar dan tenanglah
kerana dia gembira sekarang

ku menunggu dan terus menunggu sesutatu yang tak pasti
akhirnya aku tewas dan pesimis

hanya mampu diam membisu
jauhku menyendiri
kenangan ku lukis di pasiran pantai
agar terbang segala kepahitan

pasrah menyelimutku
perjalanan penentuan tuhan
berdoa agar cinta di selamatkan
meski dia bukan untukku

full created by zulaikha

selamat membaca^^

boleh cari kat facebook----> zulaikha nur iman ( idrisyah )

Wednesday, 14 May 2014

dari cinta ke syurga

satu,
hati ini hanya untukmu,
dua,
hati kita akan bersua in syaa Allah,
tiga,
tiada pihak lain yang bisa jauhkan kita,
empat,
mata bertentang pnunjuk kata,
dan lima kata,
'' hanya kau yang ku cinta''


jari sentasa dikira menunggu masa,
degup jantung laju bila hampir tiba,
lafaz terungkap gugur air mata,
iaitu ''aku terima nikahnya''


satu,
hanya segoncang jabat tangan maka gegarlah bumi arash,
dua,
mata syaitan tak dapatmenahan sebak kerana gagal,
tiga.,
tiada pihak lain yang bisa pisahkan kita,
empat,
mata direnung betapa rindunya,
dan lima kata,
''moda kita kekal ke syurga''


jari sentiasa dipaut itu pahala,
anak bakal dilahir berperang nyawa,
lafaz terungkap gugur air mata,
iaitu ''itu anak kita''


full create by zulaikha


--> selamat membaca