Wednesday, 29 October 2014

diam..

diam
aku selesa cara itu
aku suka gaya itu
dan aku mampu itu

hatiku berbicara
ya tuhanku
kau selamatkanlah keluargaku!
mereka di hujung tanduk
hampir hanyut
tolonglah aku
angkat doaku..
aku sayang mereka
menerima ujianMU yang dasyat ini
moga aku laluinya dengan tabah
tapi kenapa aku kalah?
kalah dengan emosi?
kerana diamkah??
sukar diubah

selesa keseorangan
belajar,belajar dan terus belajar
aku seorang
tumpuanku membakar semangat
psiko dari manusia
ya,,,aku dengar
aku tahu
aku sakit
aku sedih
aku terluka
dan aku diam
mereka tak tahu siapa aku
mereka tak pernah pandang cerita aku
pedulikah aku?
tak
terus berjuang tanda bukti
pernah kau ambil tahu?
sendiri jawab
aku terus diam tanpa butir kata

hidup hanya ada dua
ilmu dan Allah
dua perkara yang perlu ada
tiada ilmu
aku dipijak
tiada Allah
aku lemah...
keduanya ada
membakar segala kekuatan
aku mahu teruskan perjuangan
aku kini mula bangkit
bangkit dari lumpuh derita
cipta kebahagiaan
maafkan aku
kerna aku HANYA MAMPU DIAM.....

full created by zulaikha ajum....

HUR AL-AIN

cantiknya dia
jernihnya dia
lembutnya dia
wanginya dia
mengatasi yang ada di dunia

Hur Al Ain
kamulah permata
yakut dan marjan
suaramu indah
menawan hati
oh tergoda...

beruntunglah!
siapa yang memilikinya
sepenuh cinta lagi sebaya umurnya
kata kata oh romantisnya
sifatnya juga begitu
suka mengintip calon suami di dunia
marah pabila calonnya terluka

kau ingin berkahwin dengannya?
kawinlah...
pinaglah dia daripada tuhannya
dan berilah mas kawin untuknya
apakah itu??
panjang bertahajud...

wanita mukminat
bangkitnya gadis tercantik
di alam selamanya
lalu disatukan lagi dengan suaminya di dunia
sungguh teristimewa...

full created by zulaikha ajum

JANGAN PANDANG SIAPA AKU

ku punya masalah
hati merintih ingin keluar
bersabarlah!
bertahanlah!
otak ligat berkata
matanglah!
lihat balik cerita kita
jangan pandang aku
tika aku sedang merana
mengapa?
kerana mereka lebih perlukan kita
tabahnya dia
risau usah kau fikir
telah dia hadapinya...

tersimpan rapi rahsia duri
Maha Kasih pendengar setia
RumahNya menjadi saksi kata2
hanya Kau Kekasihku
selamanya
biar urusanku urusanMU jua

tegas searus dengan rasa
teguran secantik bahasa
semngat di gunung perkasa
laungkan saja
MOGA KITA KE SYURGA!
SELAMANYA!!

full created by zulaikha ajum...

MUSOLLA AN NUR

sepi ku tenang
melihat musolla dari dalam
terpesona suasananya
bukan indah hiasannya
tapi pada lautan ilmunya
malah sentiasa ada pengunjungnya
disetiap waktu
turut berpenghuni menemani musolla ini

anak muda kini kian berjuang
memeriahkan lagi isi dalam
sedia menghulur tangan
menyambut sesiapa saja yang ada
marilah padaku
marilah padaku
marilah padaku
demi diriku
jihadfisabilillah...

Nur disetiap dirimu
terselit hidayah Nya
jom kenali siapa DIA
tenang terasa sentiasa
kemarilah kamu padaku
aku terlalu sayang padamu
pada imanmu
pada hatimu
pada ukhuwahmu
kerana aku Musolla An Nur

full created by zulaikha ajum...

(musolla an nur ini dari kolej saya iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang...)

HEEDHAYAH

periang gadis ini
satu kau beri bencana
seribu kau beri senyuman
seresah mana hati kau bagi
bertahan dia tetap melawan
sungguh kau tak perasan

dirinya dalam kesusahan
sedang pejuangnya kegelisahan
rindu pada kesayangan
dia cuba bertahan
demi mengenal erti kejayaan

besar impian gadis ini
bos pilihan hati
bisa duduk goyang kaki
jari menunjuk kesana kemari
biarpun lucu ilusinya
tapi serius jiwanya
benar dia benar serius
kelu seketika

jelas terserlah wajahnya yang ceria
apa yang didapatinya
pasti terbang kedunia
begitu sekali sifatnya
sukar dijangka
siapa dirinya pabila tiada dirinya...

full created by zulaikha ajum

Duka (seorang pengajar)

telahku korbankan semua
ku serahkan segalanya
ilmu dalam hatiku
hanya untukmu

ku beri peluang kedua
namun kau khianatinya
kau sanggup pertahankan
kerana masa

mengapa ku tetap berkata
aslih nafsaka wad'u ngairoka
mengapa kau tetap berdusta
kau bilang sudah tapi sebaliknya

yang aku pinta
bukan ini semua
kau musnah lagi
masa yang aku beri

yang aku ingin
hanya ikhlas hati
pergilah dikau
tinggalku sendiri
menanggung duka ini

kini kau telah berubah
pergi untuk kau berjaya
tinggalaku bersama cerita duka..

''parody lagu duka by akira shukri''

full created by zulaikha ajum.... sama jugak dengan ''fitrah atau fitnah''

FITRAH ATAU FITNAH

telah tercipta perasaan fitrah kita,
dimana saja,
pasti ingin merasa,
sukar dijangka,
adakah itu sebaiknya ..
atau sebaliknya?...

sahabatku temanku,
fitrah itu maruah kita,
fitrah itu terlalu mulia,
tapi mengapa fitrah itu menjadi fitnah?
inikah hasil tangan manusia?
beraniku katakan YA...

ku lihat kau tiada segan,
jalan berduaan di khalayak ramai,
berlanggaran bahu,
berpegangan tangan,
bercuitan,
bercumbuan meskipun di pipi,
berpelukkan meskipun di pinggang,
bahaginya kamu,
sungguh ku tak cemburu,
kerana kau telah menyahut seruan FITNAH,
bukan FITRAH,,,

buang tabiat itu,
hari ini kamu bahagia,
dengan hangatnya rasa ''fitrah'' itu,
aku takut,
kehangatan itu mulai gugur selepas ijab kabul,
aku tak mahu,
dilabel sebagai perampas kebahagiaan masa nikahmu sendiri,
merana bukan keinginan...

fitrah itu fitrah,
jagalah sebaiknya,
jangan sampai sebaliknya,
fitrah atau fitnah,
hanya kita yang melakukanya,

sedang Rasulullah telah bersabda,
tiada yang lebih patut bagi
dua insan yang saling mencintai
kecuali NIKAH,
sedang Allah berpesan,
JAUHI ZINA...

aku dimana sekarang??

assalamualaikum semua!,

maaf semua.... saya dah lama tak on blog ni.... 1 sebab saya dah sambung belajar... exactly saya dah start busy sikit dengan assigment2 yang melambak and at the same time final test dah nak dekat.... saya mintak maaf sangat2 ... banyak dari korang semua mintak saya buatkan puisi or lirik ciptaan saya sendiri untuk korang cipta melodinya.... sekarang saya nak upload semuaaaaa yang saya sempat tunaikan permintaan kawan2 semua.... ^_^