Wednesday, 29 October 2014

FITRAH ATAU FITNAH

telah tercipta perasaan fitrah kita,
dimana saja,
pasti ingin merasa,
sukar dijangka,
adakah itu sebaiknya ..
atau sebaliknya?...

sahabatku temanku,
fitrah itu maruah kita,
fitrah itu terlalu mulia,
tapi mengapa fitrah itu menjadi fitnah?
inikah hasil tangan manusia?
beraniku katakan YA...

ku lihat kau tiada segan,
jalan berduaan di khalayak ramai,
berlanggaran bahu,
berpegangan tangan,
bercuitan,
bercumbuan meskipun di pipi,
berpelukkan meskipun di pinggang,
bahaginya kamu,
sungguh ku tak cemburu,
kerana kau telah menyahut seruan FITNAH,
bukan FITRAH,,,

buang tabiat itu,
hari ini kamu bahagia,
dengan hangatnya rasa ''fitrah'' itu,
aku takut,
kehangatan itu mulai gugur selepas ijab kabul,
aku tak mahu,
dilabel sebagai perampas kebahagiaan masa nikahmu sendiri,
merana bukan keinginan...

fitrah itu fitrah,
jagalah sebaiknya,
jangan sampai sebaliknya,
fitrah atau fitnah,
hanya kita yang melakukanya,

sedang Rasulullah telah bersabda,
tiada yang lebih patut bagi
dua insan yang saling mencintai
kecuali NIKAH,
sedang Allah berpesan,
JAUHI ZINA...

No comments:

Post a Comment