Saturday, 26 April 2014

kelabu warnaku ^_^

kau gembira
aku selamba
kau bersedih
aku bersahaja
kau marah
diamku seketika
kau teruja
ku santai saja
namun hati dapatku rasa

baca hatimu bisaku teka
kau insan jujur di wajah
dunia melihat hatiku berbisa
tiada seorang pun yang berjaya

diam dalam rahsia berkuasa
berani takut tak dapat dirasa
inikan pula baik jahatnya
itulah misteri diam tak berkata
hanya tersendiri

kau cuba lihat diriku
kau beri derita padaku
namun tiada satu pun kau tahu
perasaan apa berselubung di hati
tabah ku kebalkan bersahaja ku kekalkan
sungguh kau gagal
gelak menggeletek jiwa

pahitku di khayalan
realitiku pengalaman
itu orang berpengetahuan
tepis segala kekusutan
cari segala keimanan
tenang dengan pedoman
cipta kenangan kehidupan

full create by zulaikha

Monday, 21 April 2014

luahan member to someone

'' saya tahu awak tak sebaik orang lain,
saya tahu awak tak secantik orang lain,
tapi manusia bijak.......
hanya pandang ketelusan seseorang...
lebih lebih lagi  yang berbudi bahasa dan pandai jaga hati orang itu memadai...
awak kan tahu...
semua manusia ini memang tak ada yang sempurna...''

'' walau macam mana sakitnya hati saya... saya pasti dapat bersabar mengadap perangai awak...''

''...macam mana tuhan tak tarik rezeki awak satu per satu...
kalau hidup awak cerewet dan memilih...
hei awak.. belajarlah untuk terima rezeki seadanya meskipun tak seberapa... kecuali maksiat...''

''... saya mengaku atas kesalahan saya tapi itu kisah silam!...
tolonglah, beri saya peluang kedua...
semua manusia juga begitu... lihatlah sekarang...
saya dah tak buat lagi... percayalah...''

''...memang betul saya tak pandai curang...
memang betul saya setia pada cinta...
masalahnya awak buat saya sakit bkan sekali...
perlukah saya setia pada orang macam awak?!...''

-->jangan sakitkan seseorang... verilah seseorang itu peluang  untuk buktikan... ;)

Sunday, 20 April 2014

Aku Pokok Epal

budak lelaki itu
gemar bermain di tempatku
memanjat diriku mengambil tempat
memetik memakan epal sepuasnya
hingga terlena
begitu sayang dia padaku
aku juga.

dia makin remaja
gemarnya bermain tidak lagi
suatu hari
dia datang berwajah sedih
''marilah bermain bersamaku''
dia tidak mahu lagi denganku
''aku  mahukan permainan''
''juallah buah2 epal,
maka dapatlah yang kamu inginkan''
gembira pergi tak kembali.

dia datang lagi
dia makin dewasa
alangkah gembiranya aku
''marilah bermain bersamaku''
dia tidak mahu lagi denganku
hanya kerana kerja
dia mahukan rumah
''potonglah dahan2 besar ini''
pergi dengan gembira
aku tumpang suka
sedih lagi hati
pergi tak kembali

suatu hari yang panas
dia datang lagi
makin matang dan dewasa
''marilah bermain bersamaku''
dia tak mahu lagi
''aku mahu belayar tapi tiada bot''
''potonglah badanku''
pergi tak kembali.

dia dimamah usia
datang menuju padaku
pilu hatiku
tiada apa lagi yang inginku beri
''aku hanya mahu berehat''
aku gembira tiada kata
marilah
masing2 menangis kegembiraan
katanya
''keikhlasanmu laksana habaan mansura''
aku tersenyum
''nilai sahabat tinggi dari pengorbanan,
apalah sangat''

full create by zulaikha

Saturday, 19 April 2014

tangisan ajaib!

derita jiwa manusia
sehebat masalah melanda
tibanya banjir air mata
semuanya hilang tenang semula

tangisan itu ajaib
sakit lama dipendam
hingga tak mampu disimpan
luahnya hanya mata
yang menjadi tanda
itu kuasa tiada tandingnya

tiada siapa yng bisa
atasi Nabi Adam a.s
menangis bertahun lamanya
hanya kerana dosa silam
air mata keinsafan
sayu Allah lalu ampuni baginda
seikhlas hati hambaNYA

air mata
si pembasuh duka lara
wajah berseri kesihatan diri

tangisan iman
hanya namaMU disebut
YA ALLAH!
menitis bercucuran di pipi
terbayang rahmatNYA
teringat siksaanNYA

manusia
rezeki datang tanpa diduga
syukur alhamdulillah tiada putus
mengawal gembira tak terkata
air mata menjadi kata

hebatnya air mata
segala rasa hati dan perasaan
tangisan menjadi teman
itu nikmat dari tuhan
SUBHANALLAH....

full create by zulaikha

Thursday, 17 April 2014

sepi

dulu ku sendiri
tiada teman tuk ku luah
sepi melanda kebosanan
dinding terus ku tempuhi
penjara jiwa tiada kunci

hanya KAMU ku serah
yang bisa jadi sahabat hati
jangan pernah putus asa
agar ku bisa jalani hidup ini denganNYA

ku ingin sesuatu
KAU beri kebaikan
ku luah sesuatu
KAU dengar rintihan
ku silap dan mohon ampun
KAU tetap maafkan

aku berdoa dan berusaha agar semuanya berjalan lancar.....
AMIIN

Wednesday, 16 April 2014

Karipap Mini Missah!!

asalamualaikum!!! ni aku nak promote pruduk dari LEDANG! *bukan gunung ledang k* satu balang RM 7.
ada dua perisa/inti yang berbeza.... UDANG KERING dan IKAN SELAYANG ... aku nak promote balang lah dulu... senang nak pos,,, kalau nak beli bundle pun boleh.. takda masalah....
dan ada satu lagi nak promote... ni dari JOHOR BAHRU... KUIH CAKAR AYAM 100% KELEDEK .....harga sama mcm kat atas tu... RM 7... rasa manis...

nak order sila telefon -----> 017-7543753 (encik Idris )

terima kasih atas tempahan anda... hahah

kapal

aku cuba merentasi dunia,
melihat kehidupan bahagia,
jiwa yang karat ini,
layakkah dapat semua itu?

diam diri,
wajah sukar dimengerti,
rahsia hati,
misteri yang membawa seribu erti,

genbira, ketawa, marah, air mata,
gelodak bertukar segalanya,
kelabu melanda diri...

kabus di lautan,
aku terus lalui,
mencari kebebasan,

hati mulai gelisah,
jalan bahagiahampir dipertemukan,
angin bayu peneman perasaan,

muncul dua hati,
keduanya indah budi,
aku di tengah lautan ini..
buntu memilih hati,

ku berserah hamya pada MU tuhan,

full create by zulaikha

Tuesday, 15 April 2014

siapa kejar Nabi Musa??

asalamualaikum!!................

hari tu aku ada baca satu buku,,,tapi buku tu dah lama punya.berabok pon ye sgt2.,, baca punya baca barulah aku tahu nama firaun yang kejar Nabi Musa tu...

begini kisahnya.............

pada  pertengahan tahun 1975,Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti,mempelajari,mengkaji dan menganalisis MUMIA FIRAUN RAMSESS II iaitu Firaun yang mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda.

Tawaran itu disambut baik, lalu Mesir membenarkan mumia Ramsess diterbangkan ke Paris.setibanya di Paris mumia itu disambut dengan penuh meriah sebelum ditempatkan di ruang khas PUSAT ARKEOLOGI PERANCIS.

DR. BUCAILLE merupakan seorang pakar bedah Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 julai 1920. pada tahun 1945 beliu diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroenterologi.

setelah dikaji hasilnya sangat mengejutkan.Dr Bucaille menjumoai sisa sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Ini bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam dalam laut.

penemuan ini menimbulkan persoalan besar kepada Dr Bucaille. ''Bagaimana jasad tersebut masih berkeadaan sangat baik berbanding jasad jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan dari laut?''

beliau menyiapkan laporan akhir sebagai penemuan baru sehingga beliau mendapat anugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes ( penghargaan dalam sejarah ) dan anugerah Prix General.

namun seorang rakannya sempat membisikkan kepada Dr Bucaille bahawa penemuan Firaun itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

''Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat  Islam berbicara mengenai peristiwa Firaun itu mati lemas dan mayatnya dipelihara hingga kini!''

kata-kata itu ditentang keras oleh Dr Buaille. Baginya membongkar sesebuah misteri lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan menggunakan teknologi mode, peralatan dan makmal canggih.

kawannya terus bercerita bahawa Al-Quran yang diyakini dan menjadi pegangan umat Islam telah pun menceritakan tentang ini...

Dr Bucaille berfikir...........''Apakah masuk akal di hadapan ku ini adalah firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)?? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini?? padahal kejadian firaun mengejar Musa sebelum Al-Quran diturunkan,'' bisik hati kecilnya.

akibat tak puas hati..... dia menyelak Kitab Injil Lama tapi kitab itu hanya menceritakan;.........

''Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun , menenggelamkan kereta-kereta ( chariot ) kuda , pasukan berkuda dan seluruh bala tentera  firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. tetapi anak anak israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah tengah laut itu.''
                                                                                      ( Exodus 14;28 dan Psalm 136;15)

Dr Bucaille masih bingung kerana pencariannya belum berhasil.

maka salah seorang ilmuan Islam ditemuinya telah membaca surah Yunus, ayat  92, berhubung kisah firaun yang tenggelam itu.

'' maka pada hari ini, kami biarkan engkau ( hai firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut) , untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar ). dan ( ingatlah) sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripada ( memerhati dan memikirkan ) tanda tanda kekuasaan Kami!''
                                                                                                      ( Yunus ; 92)

apabila mendengar ayat itu, Dr Bucaille TERKEDU. hatinya benar benar tersentuh. Al-Quran telah menjelaskan bahawa jasad firaun tidak reput ditelan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya.

tanpa berlengah dengan hati yang begitu bergetaran menahan sebak dan terharu Dr Bucaille bangun. dengan sura yang lantang, Dr Bucaille bersuara..........

''SESUNGGUHNYA AKU MASUK ISLAM DAN AKU BERIMAN DENGAN AL QURAN INI!''

KINI NAMA ISLAM NYA IALAH DR YAHYA MAURICE BUCAILLE...

luahnya....

'' sians dan Islam umpama saudara kembar yang tak boleh dipisah kan. ini kerana dalam injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikit pun kesilapan seperti itu ada dalam al Quran. Al Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semulajadi yang  sangat bertepatan dengan sains moden.''

ISLAM ITU HEBAT

Monday, 14 April 2014

kesian

salam...

still tengah belajar lagi pasal blog... tapi akak sebelah aku ni,,, daripada tadi tak dapat2... aku yang dah faham pasal ni... kene gak ajar dorang .... satu persatu dorang tanya.. sokay, bak akta orang pon,, malu bertanya sesat jalan,,, right?.. yang sorang alhamdulillah berjaya dia paham.. dua orang lagi,,, tak paham2,,
kita yang nak ajar ni jangan lah marah2 dia,,, but softspoken... insyaallah... dia boleh paham meskipun sedikit..

macam Nabi Muhd SAW,,, ''terimalah teguran seseorang walaupun dia seorang pelacur''

pening

asalamualaikum semua....

aku sekarang ni ada kat kolej komuniti pagoh,,,, ikut ayah pergi sini untuk belajar tenteng bisnes online ni... nama kursus ni KURSUS PEMASARAN ONLINE...

daripada pagi,,, lepas daftar kat auntie Faridah.. breakfast dulu kat bilik khas... ok.kesejukkan melanda. dah lama kulit aku tak kene air-cond..haha.. then, barulah dia ajar kami tentang kursus ni, pening tu memang lah pening,.. tapi apa yang penting ialah ilmu yang kita nak. bukan nak datang sini main main. ingat tuh!

ni je yang aku nak cakap,,, huhu