asalamualaikum!!................
hari tu aku ada baca satu buku,,,tapi buku tu dah lama punya.berabok pon ye sgt2.,, baca punya baca barulah aku tahu nama firaun yang kejar Nabi Musa tu...
begini kisahnya.............
pada pertengahan tahun 1975,Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti,mempelajari,mengkaji dan menganalisis MUMIA FIRAUN RAMSESS II iaitu Firaun yang mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda.
Tawaran itu disambut baik, lalu Mesir membenarkan mumia Ramsess diterbangkan ke Paris.setibanya di Paris mumia itu disambut dengan penuh meriah sebelum ditempatkan di ruang khas PUSAT ARKEOLOGI PERANCIS.
DR. BUCAILLE merupakan seorang pakar bedah Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 julai 1920. pada tahun 1945 beliu diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroenterologi.
setelah dikaji hasilnya sangat mengejutkan.Dr Bucaille menjumoai sisa sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Ini bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam dalam laut.
penemuan ini menimbulkan persoalan besar kepada Dr Bucaille. ''Bagaimana jasad tersebut masih berkeadaan sangat baik berbanding jasad jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan dari laut?''
beliau menyiapkan laporan akhir sebagai penemuan baru sehingga beliau mendapat anugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes ( penghargaan dalam sejarah ) dan anugerah Prix General.
namun seorang rakannya sempat membisikkan kepada Dr Bucaille bahawa penemuan Firaun itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
''Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam berbicara mengenai peristiwa Firaun itu mati lemas dan mayatnya dipelihara hingga kini!''
kata-kata itu ditentang keras oleh Dr Buaille. Baginya membongkar sesebuah misteri lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan menggunakan teknologi mode, peralatan dan makmal canggih.
kawannya terus bercerita bahawa Al-Quran yang diyakini dan menjadi pegangan umat Islam telah pun menceritakan tentang ini...
Dr Bucaille berfikir...........''Apakah masuk akal di hadapan ku ini adalah firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)?? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini?? padahal kejadian firaun mengejar Musa sebelum Al-Quran diturunkan,'' bisik hati kecilnya.
akibat tak puas hati..... dia menyelak Kitab Injil Lama tapi kitab itu hanya menceritakan;.........
''Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun , menenggelamkan kereta-kereta ( chariot ) kuda , pasukan berkuda dan seluruh bala tentera firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. tetapi anak anak israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah tengah laut itu.''
( Exodus 14;28 dan Psalm 136;15)
Dr Bucaille masih bingung kerana pencariannya belum berhasil.
maka salah seorang ilmuan Islam ditemuinya telah membaca surah Yunus, ayat 92, berhubung kisah firaun yang tenggelam itu.
'' maka pada hari ini, kami biarkan engkau ( hai firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut) , untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar ). dan ( ingatlah) sesungguhnya kebanyakkan manusia lalai daripada ( memerhati dan memikirkan ) tanda tanda kekuasaan Kami!''
( Yunus ; 92)
apabila mendengar ayat itu, Dr Bucaille TERKEDU. hatinya benar benar tersentuh. Al-Quran telah menjelaskan bahawa jasad firaun tidak reput ditelan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya.
tanpa berlengah dengan hati yang begitu bergetaran menahan sebak dan terharu Dr Bucaille bangun. dengan sura yang lantang, Dr Bucaille bersuara..........
''SESUNGGUHNYA AKU MASUK ISLAM DAN AKU BERIMAN DENGAN AL QURAN INI!''
KINI NAMA ISLAM NYA IALAH DR YAHYA MAURICE BUCAILLE...
luahnya....
'' sians dan Islam umpama saudara kembar yang tak boleh dipisah kan. ini kerana dalam injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikit pun kesilapan seperti itu ada dalam al Quran. Al Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semulajadi yang sangat bertepatan dengan sains moden.''
ISLAM ITU HEBAT
No comments:
Post a Comment