budak lelaki itu
gemar bermain di tempatku
memanjat diriku mengambil tempat
memetik memakan epal sepuasnya
hingga terlena
begitu sayang dia padaku
aku juga.
dia makin remaja
gemarnya bermain tidak lagi
suatu hari
dia datang berwajah sedih
''marilah bermain bersamaku''
dia tidak mahu lagi denganku
''aku mahukan permainan''
''juallah buah2 epal,
maka dapatlah yang kamu inginkan''
gembira pergi tak kembali.
dia datang lagi
dia makin dewasa
alangkah gembiranya aku
''marilah bermain bersamaku''
dia tidak mahu lagi denganku
hanya kerana kerja
dia mahukan rumah
''potonglah dahan2 besar ini''
pergi dengan gembira
aku tumpang suka
sedih lagi hati
pergi tak kembali
suatu hari yang panas
dia datang lagi
makin matang dan dewasa
''marilah bermain bersamaku''
dia tak mahu lagi
''aku mahu belayar tapi tiada bot''
''potonglah badanku''
pergi tak kembali.
dia dimamah usia
datang menuju padaku
pilu hatiku
tiada apa lagi yang inginku beri
''aku hanya mahu berehat''
aku gembira tiada kata
marilah
masing2 menangis kegembiraan
katanya
''keikhlasanmu laksana habaan mansura''
aku tersenyum
''nilai sahabat tinggi dari pengorbanan,
apalah sangat''
full create by zulaikha
No comments:
Post a Comment