Wednesday, 25 February 2015

DIARI TAK BERTULIS

berdebu diari ini,
sayang dimamah usia,
sehingga luka disetiap helaiannya,
salahkan pemiliknya yang inginkan begitu!

kenapa masih disini?!
alasan masa depan,
kenapa masih lagi disini??
suara halus dari hati sedang bermain,
dan aku memikirkan sesuatu,
yang takku ketahui,

wahai diari tak bertulis,
pemilik ini menangis melihat kau,
tak mampu membelek setiap helaiannya,
satu masa ingin dibuang,
satu masa teringat,
satu masa terus menangis,
satu masa terus jatuh sakit,
dibalik helaian itu adanya tulisan ''kosong''
kosong yang bermakna,
itu kehendak hati si pemilik,
maafkan dia si diari...

wahai diari tak bertulis,
hati membara teringatkanmu!
lelah menghiasimu,
satu per satu gugur sayup
dek tamparan air mata,
bukan bendera putih yang dilayang,
tapi...
belahan dada di tengah jalan,
petanda sudah lemah,
tak mampu mengangkut buku ini lagi,

mengejar fatamorgana dilayar indah,
realisasikan sebuah kata menakjubkan,
sukar merealitikan imaginasi itu,
kerana belum adanya konklusi untuk impian,

maka simpan atau tidak,
hati yang menjawab,
mahu dengar atau tidak,
naluri yang menjawab,
mahu atau tidak,
dilema merunsingkan...

full created by zulaikha idris

No comments:

Post a Comment